Friday, November 27, 2009

KISAH SI PENGAIL EMAS

Nak di jadikan cerita,malam kemarin aku dan mamber aku teloque pergi memancing kat area2 pulau melaka..setelah segala peralatan disediakan,kami pun berangkat pergi untuk mencari luck dan memenuhkan gian yang lama tersadai dihati..haha
tiba la ditempat yang dituju,kami pun menyiapkan senjata dan kelengkapan yang sepatutnya..Tiba seorang pakcik meniaki basikal tua usang dengan pakaian yang agk compang camping la katakan (bukan niat untuk menghina).
kami bertegur sapa sebelum dia mula menjejakkan langkah mendahului kami semua yang ada..
berbekalkan segulung tali,pakcik 2 menurunkan 'kail'nya tanpa kami semua sedari..
setelah beberapa ketika,pakcik tadi meninggalkan gulungan tali tersebut dan beralih entah ke mana..
selang beberapa ketika,joran yang dimiliki kawan saya telah terjatuh kedalam air sungai yang mengalir tetapi tidak hanyut kerana tersangkut pada tumbuhan2 akuatik yang timbul..haha
macam2 usaha telah kami fikirkan,last2 kami berniat untuk pinjam tali pakcik yang ditinggalkan tadi..
didapati pangkal tali yang dilabuhkan didalam air tadi tidak mempunyai kail tapi hanyalah sekeping logam besi ape tah..tanpa berfikir panjang,kami mendahulukan apa yang sepatutunya kami dahulukan, meyelamatkan joran..
usaha punya usaha,kami pn dapat mengangkat semula joran yang terjatuh tadi dan joran tersebut boleh digunakan semula..
sebelum meletakkan semula tali kepunyaan pakcik tadi,aku berfikir ilmu ape yang pakcik 2 guna untuk memikat ikan sedangkan tidak ada terdapat secebis malahan secarik pun umpan untuk menarik perhatian ikan..
gulungan tali diletakkan semula di tempat asal seperti yang ditinggalkan tadi..macam2 tanggapan yang kami fikirkan tentang pakcik tadi..tidak lama kemudian pakcik empunya gulungan tali tadi datang semula dan memeriksa gulungan tali tadi seperti seorang pengail mengharapkan kailnya berisi..dalam pada itu,salah sorang mamber datang bertanya terhadap pakcik tadi berkenaan 'kail' beliau..

mamber: 'gano ngail guno besi gini?'
pakcik: 'eh,bule ja ne'
mamber: 'pah ike nak make guano?'
pakcik: 'demo ingat kito ngail ike ko?'
mamber: 'pah?'
pakcik: 'eh,kito ngail emas ne'
mamber dalam kedaan tahan gelak: 'gano ngail emas?'
pakcik: 'emas ke lekat kat besi'
mmber: 'ooo..bereh r gitu gak'

aku dari tadi da gelak da tengok pakcik 2 pn beralih ke tempat jauh sket memastikan pakcik tadi tidak perasan aku gelak terbahak2..
beberapa ketika,pakcik tadi memberitahu bahawa dia akan beransur pulang..kami pun mengucapkan kata selamat dan melambaikan tangan..
xsampai seminit pakcik 2 beralih, kami gelak nak pecah perut dan macam2 pandangan yang diberikan..

pengalaman ne agaknya aku xkn lupa sampai bila2..1st time aku jumpa orang yang mengail emas selama aku pergi memancing ikan..

p/s: adakah pakcik tadi gila??waulahualam..mintak2 dia ada reason dia sendiri.. dan mungkin sebab banyak sangat ketawa la kitaorang malam 2 xde luck langsung..

0 comments: