Saturday, December 26, 2009

new song n pic uploaded!

u ol can visit our official myspace http://www.myspace.com/laterall
see u ol guys..Later

Saturday, December 19, 2009

KB FEST '09 (19.12.2009)


Akhirnya hari yang ditunggu2 smpai gak 19hb dec 2009..
Mula tiba di tapak kejadian (YKK),kami masih bermasalah untuk memulakan sound check atat sebab beberapa peralatan yang belum tiba dan beberapa masalah2 kecil..sambil2 bergaul mesra dengan band2 lain yang juga turut serta pada hari ni..
Tidak lama kemudian nampak kelibat band2 jemputan (The Woo Hoo & Grey Sky Morning) tiba yang dipandu pihak organiser..Meraka tiba terus ke pentas dan memasang kelengkapan yang sedia dibawa..Selepas The Woo Hoo, diikuti G.S.M..
artis2 jmputan pn siap saound check,bru la kami berpeluang memijakkan kaki di pentas,tp Givenpath yang juga perform pada hari itu melakukan sound check terlebih dahulu dan diikuti kami..seterusnya 199x & The Donkees..
Semua selesai sound check,para performer mengambil port masing2 dan bergaul dengan ahli band yang lain..
Dari pemerhatian, The Donkees masing2 membawa teman (gf) dan begitu juga 199x yang xlekang dengan pasangan masing2..
Beberapa ketika, crowd pun mula bertandang, acara dimulakan..
Pengacara majlis (Jimi Daisy Honey) mengumumkan, The Donkees untuk naik ke pentas dan memulakan persembahan..Persembahan yang begitu menarik daripada mereka yang memainkan lagu berentak garage mereka dan crowd menghayati lagu2 mereka serta membawa lagu cover daripada kumpulan Mando Diao..
Habis The Donkees, tiba giliran band dari Besut xsilap untuk membuat persembahan..Lagu yg amat sesuai untuk kluar d'corong2 radio malaysia mahupn luar negara..huhu
199x,sperti biasa crowd gilakn mereka dgn performance yang cukup bertenaga dari lagu2 bergenre punk mreka sendiri dan beberapa buah lagu cover dr band SUM41..amt menggamit suasana..habis crowd bgila,tiba pula giliran band yang memainkan lagu2 instrumental, Givenpath..
crowd dduk mencangkung menghayati melodi lagu,dan yang amat menarik perhatian adalah drummer mereka yang pandai menyesuaikan twin paddle masuk dalam lagu2 mereka..A utk mereka..
Lastly sebelum band jemputan,tiba giliran LATER ALL pula..
Crowd nampaknya xsemua bangun kerana amsih diambang kesayuan irama dari Giventpath, ats kerjasama band2 yang lain dan crew,crowd dtg mgerumuni walaupun xla segempak 199x band otaimer..haha
Kali ini kami tidak berhadapan dengan masalah saound,tp masalah datang dari dri kami sendiri yang krang kemas mengawal 'senjata' kami..huhu
Namun kami tetap enjoy dan masihdapat cover kesulitan yang dihadapi..

Selepas kami turun,band The Woo Hoo mengambil alih pentas untuk menyiapkan senjata masing2 sementara event berehat untuk memberi laluan kepada azan Asar..Crowd yang semamangnya majority menantikan persembahan dari band MODS ini,datang brpusu masuk semula ke dewan selepas event dimulakan semula..
Aku yang agak kurang tahu tentang mods ne hanya mampu melayan dan memandang dari jauh dsebalik keramaian crowd yang masing buzy hendak menari..
Tidak banyak yang aku bley cerita,sal aku xrti gk lgu drg..just ade 1lagu lame yang drg bawak pada hari 2,Siapa dia..
Teruskan dengan band jemputan besar pada hari 2, Grey Sky Morning..
Penyanyi berkaca mata dan berjeket hitam..amat 'indie' penampilannye..huhu
Juky (Sep Kitow Music) pun nampaknya berada diatas pentas untuk bersama-sama Grey Sky Morning..
Aku masih ditempat aku berdiri tadi memerhatikan gelagat artis diantas pentas..Dan sememangnya meraka pandai berinteraksi dengan crowd dan crowd pun layan performance mereka..Lagu:Ego,Pancararoba,Kita berdansa(xingat tajuk penuh),Cinta gila, dan lagu cover dari band ape da aku pun xingat..

Event diakhiri dengan sesi bergambar dengan artis2 jemputan dan gimiknya adalah disamping motor mat2 Vespa kelantan..

LATER ALL mengucapkan ribuan terima kasih kepada Juky and da geng SEP KITOW MUSIC yang tidak jemu untuk sudi menjemput Later All perform..Later All love u guys SEP KITOW MUSIC!!

p/s:ne salah 1 video Later All perform - new water from bundle town..

video

Tuesday, December 15, 2009

APE KES ORANG SUME DA JADI MCM VAMPIRE??

kalau zaman dulu la kan,aym berkokok je pagi2 org bangun..sembhyang subuh ape sume..
ready nk kje or g klas..
skang ne orang malam berjage,tang ayam berkokok je org sibuk dok cari selimut..
aym pn da plik da,zmn nnek moyang drg dlu asl drg bkokok je,cnfrm rmi yg bjge..
tp skrg zmn moden serba cggih lg intelek ne,aym da xlrt nk bkokok da pagi2 sal org bkn nk bgn tp bru nk tdo..aym pn kne tkr tabiat gk r bkokok blah senja plak..mgarut!
bab dalam crita2 mat saleh, spesis yang berkurung time matahari terbit ne bangse2 vmpire je r..
sal spesis drg mmg xleh nk kena cahaya..tmt riwayat mreka kne chye..
tapi orang skang ne,asl matahari naik je,bru bz nk cri selimut..
bru nk ambk feeel nk tdo...agak pelik gak perlakuan 2..
sume da tjgkit nk jd vmpire gk ke??
ne ke yg org kte dunia da tbalik??mntk jauh la..huhu
bila da matahari naik org sibuk nk tdo, bgnnye cnfrm2 r time matahari nk terbenam..
siang dok 'berhibernasi',mlm lak bru nk aktif..
hakikatnye, 2la yg blaku skrg ne..bnde2 yg spttnye bley wat time siang da kne anjakkan time malam..tp bank mne buka malam.nk hrp mesin ATM 2,ape je yg die mmpu buat..
klu la blnjutan mcm ne,mcmmn nk keja nnt..
xkn r nk kje shif malam je..
7E pn ade shif siang malam,office mne yg buka mlm time siang ttp??
xkn pjbt pos kot..jd pak guard r sng, tp sape nk trime kje nk mlm je..
klu sume pak guard kje mlm,siang spe nk jge kat tmpt2 yg spttnye..
adei~
sape yg terbace ne,hang pikiaq r sndr..-nabil..haha

p/s: ne la pykt yg mlanda aku skrg ne..well c u..LATER

Sunday, December 13, 2009

NEXT ON STAGE


Sekali lagi kami berterima kasih kepada SEP KITOW MUSIC yang memberi peluang kepada band2ers kelantan khusunye LATER ALL..
event ne akan diadakan pada 19hb DEC 2009 kat YKK kelantan..
ape2 bley r berhubung dengan SEP KITOW MUSIC untuk sebarang pertanyaan..www.myspace.com/sepkitowmusic..

Sunday, December 6, 2009

LATER ALL ON MYSPACE MUSIC



here u can catch later all song on myspace music..
link : www.myspace.com/laterall


Friday, November 27, 2009

KISAH SI PENGAIL EMAS

Nak di jadikan cerita,malam kemarin aku dan mamber aku teloque pergi memancing kat area2 pulau melaka..setelah segala peralatan disediakan,kami pun berangkat pergi untuk mencari luck dan memenuhkan gian yang lama tersadai dihati..haha
tiba la ditempat yang dituju,kami pun menyiapkan senjata dan kelengkapan yang sepatutnya..Tiba seorang pakcik meniaki basikal tua usang dengan pakaian yang agk compang camping la katakan (bukan niat untuk menghina).
kami bertegur sapa sebelum dia mula menjejakkan langkah mendahului kami semua yang ada..
berbekalkan segulung tali,pakcik 2 menurunkan 'kail'nya tanpa kami semua sedari..
setelah beberapa ketika,pakcik tadi meninggalkan gulungan tali tersebut dan beralih entah ke mana..
selang beberapa ketika,joran yang dimiliki kawan saya telah terjatuh kedalam air sungai yang mengalir tetapi tidak hanyut kerana tersangkut pada tumbuhan2 akuatik yang timbul..haha
macam2 usaha telah kami fikirkan,last2 kami berniat untuk pinjam tali pakcik yang ditinggalkan tadi..
didapati pangkal tali yang dilabuhkan didalam air tadi tidak mempunyai kail tapi hanyalah sekeping logam besi ape tah..tanpa berfikir panjang,kami mendahulukan apa yang sepatutunya kami dahulukan, meyelamatkan joran..
usaha punya usaha,kami pn dapat mengangkat semula joran yang terjatuh tadi dan joran tersebut boleh digunakan semula..
sebelum meletakkan semula tali kepunyaan pakcik tadi,aku berfikir ilmu ape yang pakcik 2 guna untuk memikat ikan sedangkan tidak ada terdapat secebis malahan secarik pun umpan untuk menarik perhatian ikan..
gulungan tali diletakkan semula di tempat asal seperti yang ditinggalkan tadi..macam2 tanggapan yang kami fikirkan tentang pakcik tadi..tidak lama kemudian pakcik empunya gulungan tali tadi datang semula dan memeriksa gulungan tali tadi seperti seorang pengail mengharapkan kailnya berisi..dalam pada itu,salah sorang mamber datang bertanya terhadap pakcik tadi berkenaan 'kail' beliau..

mamber: 'gano ngail guno besi gini?'
pakcik: 'eh,bule ja ne'
mamber: 'pah ike nak make guano?'
pakcik: 'demo ingat kito ngail ike ko?'
mamber: 'pah?'
pakcik: 'eh,kito ngail emas ne'
mamber dalam kedaan tahan gelak: 'gano ngail emas?'
pakcik: 'emas ke lekat kat besi'
mmber: 'ooo..bereh r gitu gak'

aku dari tadi da gelak da tengok pakcik 2 pn beralih ke tempat jauh sket memastikan pakcik tadi tidak perasan aku gelak terbahak2..
beberapa ketika,pakcik tadi memberitahu bahawa dia akan beransur pulang..kami pun mengucapkan kata selamat dan melambaikan tangan..
xsampai seminit pakcik 2 beralih, kami gelak nak pecah perut dan macam2 pandangan yang diberikan..

pengalaman ne agaknya aku xkn lupa sampai bila2..1st time aku jumpa orang yang mengail emas selama aku pergi memancing ikan..

p/s: adakah pakcik tadi gila??waulahualam..mintak2 dia ada reason dia sendiri.. dan mungkin sebab banyak sangat ketawa la kitaorang malam 2 xde luck langsung..

Thursday, November 19, 2009

2nd gig..LATER ON STAGE story


Tiba 14hb.nov 2009..
Selepas sahaja jam menunjukkan jam 12tgh hri,kami bergegas balik ke asrama untuk menyiapkan diri setelah menduduki 'final exam' kat kolej dan juga paper terakhir bg musim ini untuk diploma in science UiTM..
Beralih kepad cerita gig Hujan 'Mencari Konklusi',setelah tiba di asrama aku dan Melly (bassist Later) bersiap untuk pergi ke dewan yang bertempat di Dewan Badminton Taman Tengku Hanis Kota Bharu..Setelah aiman (2nd guitarist) tiba,kami bergegas pergi dan jam menunjukkan jam2 ptg..Tiba di lokasi, band Hujan telah pun membuat 'sound check' dan mereka pada waktu itu berada di KB mall bagi sesi bertemu peminat..
Apa yang mengecewakan,bila tiba later untuk sound check, 1amp untuk gitar tidak mncukupi dengan alasan tidak sampai ag..tidak menyalahkan pihak penganjur,kami beramah mesra bersama krew2 yang ada dan band mamber yang juga membuat persembahan pada hari itu, 199x.

Masa berlalu,semua kelengkapan telahpun smpai dan nampaknya Hujan pun telah kembali dari bertemu peminat2nya di KB mall.Seterusnya, kami diarah untuk sound check dan memulakan acara pada hari itu..

Panas xsemestinya sampai ke petang,dalam mana kami sound check, fius utama dewan bermasalah atas sebab2 yang xdapat dielakkan..
kami terpaksa cover muka depan semua yang hadir pada hari 2 dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar apabila crowd sanggup bersabar dan memberi peluang untuk pihak penganjur menyelesaikan masalah yang berlaku..

Dengan izinNya,masalah pada hari itu dapat diselesaikan dan kami memulakan acara..
crowd yang hadir pada hari itu cukup memberangsangkan dengan sambutan dan sapport daripada mereka semua. Walaupun ne event ke2 bagi Later,namun sambutan yang diberikan memang A pada pandangan Later.

Kami mempersembahkan 3buah lagu, belaian jiwa (punk rock version), new water from bundle town, dan akhir sekali influence inspiration..kami turun dari pentas dengan begitu puas hati sekali dengan sambutan crowd pada hari itu.

Selepas Later,199x mengambil tempat dan aku sendiri tidak ingat berapa buah lagu mereka persembahkan dan akhir sekali Hujan..untuk makluman lanjut tentang keseluruhan show pada hari itu, klik www.myspace.com/sepkitowmusic selaku penganjur pada hari itu..

Terima kasih SEP KITOW MUSIC kerana memberi kepercayaan untuk Later All membuat persembahan pada hari itu dan diharapkan Later mendapat kepercayaan lagi di masa2 akan datang..SAPPORT OUR LOCAL BAND.

Monday, November 16, 2009

TANPA HALA TUJU..

Paper exam da nak seminggu hbs..
aku ne yang masih tegapai2 nk wat ape sebenarnya cuti same kali ne..
selain daripada niat nak record lagu2 baru,aku cuba mengorak kretiviti ku untuk mencari apa yang patut aku buat cuti ne..
Kerja??may b betul r..tp keadaan mintak2nya akan mengizinkan..

Saturday, November 14, 2009

2nd chance..


selepas mendapat offer dari pihak penganjur,Later All mendapat peluang kedua untuk membuat persembahan dan kali ini bersama band yang agak terkenal gak kat Malaysia ne..HUJAN..
terima kasih pihak penganjur terutama SEP KITOW music yang memberi kepercayaan sekali lagi untuk membuat persembahan anjuran mereka..

Wednesday, November 4, 2009

GETARAN JIWA!

'just fikir mudah je, yakin bende 2 mudah and ko akan bley jawab punye..' mamber aku pesan kat aku..selaku cikgu yang ajar aku malam sebelum paper..

ingat kate2 mamber aku ne r aku ade confident gak sket nak jwb paper math238..
dgn tenangnye aku mjwb dan dengan muke slamber aku yakin..tp hakikatnye xtau pun jwpn aku 2 btul ke x ..huhu

apepun cite ne akan bersambung plak bile result da kuar nanti..
same lps bley A- same ne xtau r..

da la samester ne aku ase aku agak teruk gak, malas gile nak study ape..adei..

Monday, November 2, 2009

KEMALASAN MENGBELENGUTASI

Baru lepas paper yg ke2 tp aku msh mls ag nk stdy ..
aku xtau r bile ag aku nk mle study seriously..
paper killer start esok..
aku msh dok ngadap komp ag..
dok on9 sdgkn xde bnde pn aku nk wat..
dok wat bnde ngarut2 je keje..
tido pn xgak..adei~
somebody help me plz..
ni klu mak aku tau ne mst die kecewa ngn aku..huhu

Monday, October 26, 2009

G.I.G .STORY


Hampir jam 2 petang semua yang hadir tertanya2 kenapa event belum start lagi??setelah menyelidik dan menanyakan daripada mereka2 yang mengetahui, rupa2nya menunggu ketibaan yang terhormat VIP jemputan. Aku dan line up yang lain menambah tahap kesabaran dan mengurangkan getaran kaki yang dari tadi tidak sabar untuk membuat persembahan..
Tidak lama kemudian, Later All dijemput untuk membuat 'sound check'..walaupun kurang mahir tp aku cuba untuk membalancekan sound gitar,bass dan drum..Lepas itu kami menyambung penantian kami untuk menunggu gig ini untuk bermula.

Later dijadualkan untuk perform sebagai band ke2 selepas opening act dari band Kara Bay. Beberapa ketika, MC mengumumkan ketibaan def2 kehormat. Upacara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian dari VIP jemputan yang tidak dapat untuk dinyatakan nama beliau disini..

Band pertama (Kara Bay) mula mengambil tempat di atas pentas dan memulakan persembahan dengan lagu mereka sendiri. Darah bederu tanda kesabaran Later mula memuncak. Selepas sahaja band pembukaan turun, kami segera naik ke pentas dan menyambung keperluan2an yang sepatutnya..

Bermula dengan lagu antara kita. Sambutan crowd yang hadir kurang memuaskan samada lagu antara kita kurang menarik perhatian ataupun Later masih belum dikenali dikalangan mereka. Habis sahaja lagu antara kita, aku menyerahkan aiman selaku pemain gitar kedua Later untuk menyanyikan lagu ciptaannya (new water from bundle town)..Lagu ini sedikit menarik perhatian crowd dan juga mendapat tepukan crowd yang hadir di akhir persembahan. Ini disebabkan nada lagu ini yang agak laju dan mudah diterima crowd.

Setelah habis lagu ke2, tiba masa untuk lagu yang terakhir daripada Later. Lagu ini lagu ciptaan terbaru aku sendiri yang bertajuk 'influence inspiration'..Dan lagu ini sekali lagi membuatkan crowd mula memandang Later dan mula menunjukkan respon. Tanpa menghiraukan VIP yang hadir, aku sendiri tidak sedar apa yang berlaku kerana masyuk sangat bermain gitar dan menyanyi..Tambahan pula lagu ini agak laju dan jenis release bila dinyanyikan..

Di akhir persembahan crowd mula menunjukkan minat terhadap Later ALL. Maklum sahaja ini gig pertama bagi Later selain battle2 yang dianjurkan di kolej. Perasan agak berpuas hati dapat perform dengan bertenaga sekali seperti yang dinyatakan oleh MC setelah Later turun dari pentas..

Selepas itu band ke3 mengambil tempat iaitu band BELON yang juga berani aku katakan disini sebagai MUSE kelate..Persembahan yang buat aku betul2 ingat pada band supermasive itu..Dipertengahan persembahan Belon,Later mengemas barang2 dan gejet untuk diletakkan di dalam kereta sebelum beralih untuk mengisi perut..

Beberapa minit selepas makan, Later betandang semula ke tapak gig. Turun2 dari kereta band 199x sedang membuat persembahan dan kami sempat layan lagu mereka yang juga agak bertenaga. Secara kebetulan juga aku dan melly (bassist Later) sempat berbual dan beramah mesra sambil mengambil gambar kenangan bersama dood penyanyi band jemputan pada hari tu, Skudap Skudip.

Tiba giliran band otai kelantan ambil alih persembahan iaitu band Kacheewa. Mereka mempersembahkan bebrapa lagu search dan lagu instrumental ciptaan mereka sendiri..Aku agak tertarik kepada pemain gitar utama band tersebut dengan cara beliau mengendalikan tremolo dan juga sentuhan yang amat mengasyikkan..Dood sendiri sempat menghayunkan tangan menunjukkan yang dia respect dengan band tersebut..Aku juga sempat bersalaman dengan gitarist otai tersebut..

Last sekali, band Skudap Skudip megambil pentas dan crowd mula menggila..Dood memang bijak bermain dengan crowd. Sehinggakan crowd basah baju berpeluh berdanska..Aku sendiri tidak terbilang berapa lagu mereka mainkan kerana agak masyuk dengan persembahan mereka.

Gig berakhir dengan sesi bergambar dengan band2 yang membuat persembahan pada hari tersebut bersama crew2 SEP KITOW. Later mengucapkan ribuan terima kasih kepada sep kitow music yang menawarkan Later All untuk perform pada gig tersebut..sekian..

Wednesday, October 21, 2009

1st gig in KB

mari ramai2 memeriahkan lagi gig ini..jom2!

music therapy final part

CONCLUSION

As a conclusion, we can conclude that even though this therapy brought many changes in medical but it also has it weaknesses. Other than it is difficult to find since it is new in Malaysia, this therapy also has a high cost which causes people that have a lower income can’t proceed this therapy. However, although it is difficult to find and has a high cost, but, it is effective to those who does not have any effect towards medicine. There is many people was try this therapy and it’s technically work. In America, there has an association that called America Music Therapy Association and they have many facts by researcher and they apply to patient who wanted it and can conclude all about this therapy. Many type of disease, this therapy is very suitable in manage pain and stress for people like in second paragraph. So if u can believe it, just try it. Here some word was taken at the web of Music Therapy Holistic.com, Play a tune on the guitar and sing along. That works even in the worst of times. By the time I'm done with the song, I've breathed deep, I've controlled myself to some degree to be able to sing on key :-), and I've come back into myself, and more into the real time moment. From heart its come, heart too will feel.

Tuesday, October 13, 2009

music therapy part 3 (disadvantage)

MUSIC THERAPY IS NOT ANYMORE SUITABLE FOR ANY TYPE OF DISEASE.

This not calls disadvantages, but in reality, music therapy is not anymore suitable for any type of disease. Many research just show it’s effective to some kind of disease. For example, many research shows on the web told that music therapy effective to manage stress and pain, used in only certain surgery, effective to solve Mental Disorder and many more. But, there is no web or researcher told about music is effective for all kind of disease. Music therapy is all about how our brain receive wave, so this therapy is not like surgery where more practical. It’s just specific for certain. Besides that, music therapy must in right way. Like in this therapy, the type of music is important to perform best result and give right effect to patient. If not it’s become worse and no more being an alternative medicine. And people can be more entrusts with this therapy.
Even this music therapy not any more suitable for all kind of disease, research still running and day after day, as far our technology going developed, more benefit was and will found by researcher. Response to every single type of music in the world, music therapy every day by day being more effective and more benefit to people. Not only patient but for all. This why music actually is not only an entertainment but it is also can work as medicine. But not many know about this therapy and it’s effective to disease where they can think and believe of it. So this is all what music therapy’s disadvantage for this time many more addition must to find to make this alternative medicine better than before and it’s more famous for patient choice to solve their disease problem.

Saturday, October 10, 2009

music therapy part 2

MUSIC GIVE IDEAL SOLUTION TO MANAGE STRESS AND PAIN

This point is so familiar and without everyone can notice that music give an ideal solution to manage people stress. All of us can do this even without the expertise. Just take the mp3 player or may be a radio, switch it on and choose our favorite song. While music therapy is an important discipline, you can also achieve benefits from music on your own. Sometimes we can’t to be able notice that hearing music can release our stress. It’s actually not specific to just hearing music, but hearing music and at the same time we can sing along. Just follow what we hear is. This way is more effective than just hearing the music. It’s so simple and this therapy always give best result in manage stress and support by many research. Doesn’t u believe that? Just try it. According to article pain and stress management, who gave solution to manage stress on the web, music therapy is all about how brain receive music’s wave. While a slow tempo promotes a meditative and shooting state of mind.
So that, music can counteracts the damaging effect of chronic stress by altering the breathing and heart rate. Music too helps by bringing positive more positive state of mind where listen to music can enormously increase optimism and pessimistic aspect like our worry, bias, and angry. Beside manage stress, music therapy can alleviate pain. In formal way of music therapy, it’s used for this where lowering pain feeling to patient for much kind of disease and surgery. In surgery, this therapy is so familiar to manage patient’s pain like in dental clinic. Japanese researchers have assessed the potential role of music therapy in the field of pain management. The researchers decided to analyze the effects of music on pain associated with having to keep a compulsory posture. Classical music was taken in their study; Frequency and intensity of complaints were found to be significantly diminished by music. Although heart rate was not changed by music, frequency of irregular respiration was found to be significantly decreased by the music.

Wednesday, October 7, 2009

more about MUSIC THERAPY..

MUSIC PROMOTES WELLNESS

Firstly, music can promotes wellness to people where it is address physical, emotional, cognitive, and social needs of individuals of all ages. It is also supported by research which showed that music effectiveness in a wide variety of healthcare and in person educational setting (American music therapy association). Music therapy can cause soothing effects and can relax a person’s mind and body. It is for this reason that music therapy is adopted as a secondary treatment along with traditional treatment for a particular disease. It is beneficial from many points of view. It too heals your mind, body, and soul. It helps you to relax and soothes your feelings. Not only that, but it doesn’t hurt. Do we notice that music therapy improve health when someone doing some music’s activity like singing, dancing, playing instrument, composition, and imagery exercise. Besides improve people health, it is improve and maintain people skill in music. That’s why some rock star where they no time to doing right exercise but they can maintain their health because we can see when they perform at the stage, they used all of their energy.
Studies have shown that making or listening to music can even lower blood pressure and heart and breathing rates. Those governed by the autonomic nervous system, such as breathing and heart rate can also be altered by the changes music can bring. This can mean slower breathing, slower heart rate, and an activation of the relaxation response, among other things. This is why music and music therapy can help counteract or prevent the damaging effects of chronic stress, greatly promoting not only relaxation, but health. But, according to Dr. Deforia Lane, director of music therapy at University Hospitals of Cleveland Ireland Cancer Center, music’s most precious contribution to individuals undergoing cancer treatment is how it can stir a person at the core, bringing out and honoring the real person behind the diagnosis and allowing for more freedom of self-expression (cancer consultant.org). Others, lowering blood pressure (which can also reduce the risk of stroke and other health problems over time), boost immunity, ease muscle tension, and more.

Monday, October 5, 2009

My reaserch about music

Music Therapy



Introduction:
Music, many perception about music where we always think about our favorite singer or may be our favorite genre of music like pop, rock, jazz and many more. But, do many people know that music is not only just an entertainment but it is a ‘medicine’? Alternative medicine. Start from human life history, actually music therapy was used in medication by historical human life to call their God of health in mitoses. According to web About.com ‘Music therapy is a branch of health care designed to aid physical and emotional health through the use of music, either with listening, song writing, performing, exploring lyrics or other activities related to music’. Where music has many benefits to our life and can be applied to improve our health. Music has been used for hundreds of years to treat illnesses and restore harmony between mind and body. But recently, scientific studies have attempted to measure the potential benefits of music. Now, music therapy become in a real way, become part of medical practice. Medicine now not only done by eating it, by injection, and surgery where it all hurt the patient, it’s now has many ways to give patient not hurt like therapy even this not for all type disease. This alternative medicine is still in research at the same time it’s used for certain disease in the world. Research found it’s effective in a wide healthcare and educational setting. Music is safe and not hurt anyone, so that it’s suitable for every single age. Day after day it’s become more effective than before, no more mitoses, now music theory in therapy was found and technically work and effectives. So that, music promotes wellness to everyone, give ideal solution to manage stress and it’s very express feeling, but not really suitable or work for everyone. (to be continue..)

Friday, September 11, 2009

lalaku new face..


Dengan wajah yg agak baru ne harap2 skill dan bunyi2an baru akan lebih menyerlah..cheawah!!
and for the next,lalaku partner (new 30watt marshall amp) will coming up soon here..just no more pic for it..realy2 excited for it..
full digital,sampai abg kat tempat aku jamm slalu pn pening kepala gak tengok amp 2..hakhak
xlupa juga,kepada semua umat Islam, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN.
aku yg ponteng kelas seminggu sebab balik kampung awal terpaksa catch up blk ne sbelum final lps raya ne..

Monday, August 31, 2009

SELAMAT BERPUASA!!


semoga bulan yang mulia ini memberi berkat untuk kita semua..
pose tau jgn xpose..huhu

Wednesday, August 26, 2009

NEW SONG and NEW LYRIC

influence inspiration (I n I) -by me


when i see your picture,
where it's in my reserve,
that i always bring anywhere everywhere,

my heart says 'oh God this my lovely gurl'...
what i want you to know that
I MISS U SO....

they say that i crazy of you
but f*** with all
that's my problem you know
that's all what i want to do
i waste my time thinking of you
that's all what i want to do
and who are you??

start fade up with love
but i can't run from u
i miss u so u know??
everytime i thinking of you
my inspiration appears and i'm always work because of you
what's my faulth if i said
you are my inspiration..

(now on practice before recording)

Tuesday, August 18, 2009

ENGLISH SONG WILL SHOW UP THEN

Just wait and see...I'll bring something new with new breath for this band..
just forget about others..where all this song is now under arrangement..here the tittle 'my inspiration' and 'when I'm alone'..wait my friend..later.

Thursday, August 13, 2009

SIFATMU - LATER ALL

Link untuk dengar lagu ne --> http://www.kugiran.com/v2/index.php?view=display&id=44&option=com_music&Itemid=58


LYRIC AND CORD

sifatmu- by me


G Em
kekangan yang menjarakkan kita

C Cm
tak pernah merubah cinta

G Em
bahagia bila kita bersua

C Cm
tapi aku kecewa..

c/o


C D Bm Em
sifatmu berubah, diriku, diam ku

C D Bm Em/D C
sifatmu menggoyahkan ku, diam ku oh sayang ku

D
mengapa kau begitu.....


G Em
mungkinkah kita akan bersama

C Cm
walau jauh terpisah???

G Em
apakah setiamu bermakna

C Cm
walau jauh dimata



...solo/ulang chorus

SELAMAT MALAM - LATER ALL

link nak dengar lagu ne--> http://www.kugiran.com/v2/index.php?view=display&id=44&option=com_music&Itemid=58

LYRIC

SELAMAT MALAM-


Ku hantar kau pulang malam ini,
Setelah kita nikmati,
Saat yang indah,
Penuh bahagia….

Saat itu bulan pun tersenyum,
Melihat kita berdua,
Saling memandang,
Tanpa ada kata2,
Dan ku memelukmu,
Dan kau menangis,
Dan ku berlalu,
Seakan bulan mengajarku pergi..

c/o

Selamat malam, 2x
Bermimpilah tentang ku,
Yang slalu menyayangimu.

Selamat malam, 2x
Bila esok kan datang,
Kitakan berjumpa lagi…

(p/s:lgu ni akn d'record smula dalam msa terdekat i'Allah..)

Wednesday, August 12, 2009

It's me!!

nak contac aku kat ane??kat email aku pun boleh,kat myspace pun boleh gak..
email -->g_rovers89@yahoo.com
myspace -->myspace.com/azmi_sabah
Sape2 yang mengenali diri ini tegur2 sape la ek..hehe..
Gambar ne diambil sewaktu kuar mkn CHIM CHUM bersama rakan-rakan seasrama..
tak tahu macammana ade lengan sape ntah interframe lak..haha

Monday, August 10, 2009

This Like F***ing Shit..

I HATE WHO WAS MAKE 'LATER ALL' GOING DOWN BEFORE IT'S GOING UP TO SUITABLE..
BUT I SWEAR I'LL BRING IT UP BACK..
LATER...by-me

Saturday, August 1, 2009

UNDER CONSTRUCTION!!