Monday, October 26, 2009

G.I.G .STORY


Hampir jam 2 petang semua yang hadir tertanya2 kenapa event belum start lagi??setelah menyelidik dan menanyakan daripada mereka2 yang mengetahui, rupa2nya menunggu ketibaan yang terhormat VIP jemputan. Aku dan line up yang lain menambah tahap kesabaran dan mengurangkan getaran kaki yang dari tadi tidak sabar untuk membuat persembahan..
Tidak lama kemudian, Later All dijemput untuk membuat 'sound check'..walaupun kurang mahir tp aku cuba untuk membalancekan sound gitar,bass dan drum..Lepas itu kami menyambung penantian kami untuk menunggu gig ini untuk bermula.

Later dijadualkan untuk perform sebagai band ke2 selepas opening act dari band Kara Bay. Beberapa ketika, MC mengumumkan ketibaan def2 kehormat. Upacara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian dari VIP jemputan yang tidak dapat untuk dinyatakan nama beliau disini..

Band pertama (Kara Bay) mula mengambil tempat di atas pentas dan memulakan persembahan dengan lagu mereka sendiri. Darah bederu tanda kesabaran Later mula memuncak. Selepas sahaja band pembukaan turun, kami segera naik ke pentas dan menyambung keperluan2an yang sepatutnya..

Bermula dengan lagu antara kita. Sambutan crowd yang hadir kurang memuaskan samada lagu antara kita kurang menarik perhatian ataupun Later masih belum dikenali dikalangan mereka. Habis sahaja lagu antara kita, aku menyerahkan aiman selaku pemain gitar kedua Later untuk menyanyikan lagu ciptaannya (new water from bundle town)..Lagu ini sedikit menarik perhatian crowd dan juga mendapat tepukan crowd yang hadir di akhir persembahan. Ini disebabkan nada lagu ini yang agak laju dan mudah diterima crowd.

Setelah habis lagu ke2, tiba masa untuk lagu yang terakhir daripada Later. Lagu ini lagu ciptaan terbaru aku sendiri yang bertajuk 'influence inspiration'..Dan lagu ini sekali lagi membuatkan crowd mula memandang Later dan mula menunjukkan respon. Tanpa menghiraukan VIP yang hadir, aku sendiri tidak sedar apa yang berlaku kerana masyuk sangat bermain gitar dan menyanyi..Tambahan pula lagu ini agak laju dan jenis release bila dinyanyikan..

Di akhir persembahan crowd mula menunjukkan minat terhadap Later ALL. Maklum sahaja ini gig pertama bagi Later selain battle2 yang dianjurkan di kolej. Perasan agak berpuas hati dapat perform dengan bertenaga sekali seperti yang dinyatakan oleh MC setelah Later turun dari pentas..

Selepas itu band ke3 mengambil tempat iaitu band BELON yang juga berani aku katakan disini sebagai MUSE kelate..Persembahan yang buat aku betul2 ingat pada band supermasive itu..Dipertengahan persembahan Belon,Later mengemas barang2 dan gejet untuk diletakkan di dalam kereta sebelum beralih untuk mengisi perut..

Beberapa minit selepas makan, Later betandang semula ke tapak gig. Turun2 dari kereta band 199x sedang membuat persembahan dan kami sempat layan lagu mereka yang juga agak bertenaga. Secara kebetulan juga aku dan melly (bassist Later) sempat berbual dan beramah mesra sambil mengambil gambar kenangan bersama dood penyanyi band jemputan pada hari tu, Skudap Skudip.

Tiba giliran band otai kelantan ambil alih persembahan iaitu band Kacheewa. Mereka mempersembahkan bebrapa lagu search dan lagu instrumental ciptaan mereka sendiri..Aku agak tertarik kepada pemain gitar utama band tersebut dengan cara beliau mengendalikan tremolo dan juga sentuhan yang amat mengasyikkan..Dood sendiri sempat menghayunkan tangan menunjukkan yang dia respect dengan band tersebut..Aku juga sempat bersalaman dengan gitarist otai tersebut..

Last sekali, band Skudap Skudip megambil pentas dan crowd mula menggila..Dood memang bijak bermain dengan crowd. Sehinggakan crowd basah baju berpeluh berdanska..Aku sendiri tidak terbilang berapa lagu mereka mainkan kerana agak masyuk dengan persembahan mereka.

Gig berakhir dengan sesi bergambar dengan band2 yang membuat persembahan pada hari tersebut bersama crew2 SEP KITOW. Later mengucapkan ribuan terima kasih kepada sep kitow music yang menawarkan Later All untuk perform pada gig tersebut..sekian..

0 comments: