Pada 18hb June yang lepas,Later ALL dijemput untuk perform di gig Huru X Hara 2011 organise oleh Gegey Music yang bertempat di Rebana Hotel Kota Bharu Kelantan. Quite nice and Later ALL menjadi band pembukaan pada hari itu selepas band ynag sepatutnye opening pada hari 2 meng'cancel'kan diri mereka pada saat2 terakhir sebelum bermulanya event..Sumber daripada salah sorang kaki dan tangan kuat Gegey Music Mohammad Azmie Suleiman. Event sepatutnya bermula pada 2.30 petang,tapi memandangkan waktu itu masih belum ramai yang datang so pihak Gegey Music melewatkan waktu bermulanya event dan masa yang ada tidak dibazirkan begitu sahaja oleh band2 yang perform pada hari 2 dengan membuat sound check dan beberapa kerja2 akhir sebelum event bermula.
Ok,tepat pada pukul3 ptg xsilap aku,kita orang da ready kat pentas dan crowd dipanggil masuk kedalam dewan. Then xlame lepas crowd masuk,kotaorang pun start la..Opening dengan lagu cover Dream Theater-Ytse Jamm..senang cerita aku bagi list lgu ktorg la event hari 2..haha
01.Ytse Jamm (cover Dream Theater)
02.Trial Project
03.As I Am (cover DT jugak)
04.Influence Inspiration
05.Syringe
06.Dance of Eternity (cover DT lagi sekali) haha
Tu semua list lagu kitaorang maen hari 2..Mase kitaorang perform tu,crowd just layan je tp xde nak menari ke ape (lagu ktorg bley menari ke??hahaha).
Masuk bab masalah plak.
Masalah pertama : memandangkan Later ALL perform just aku (Azmi) je yang line up asal Later ALL dan line up lain aku pakai sessionist daripada kumpulan Failure Proposal,ambk giitarist dorang untuk maen bass aku and drummer untuk maen drum. Line up asal Later ALL yg hanya tinggal aku dan Aiman je ne pun xcomplete ag..haha
Aiman xdapat balik sebab dia sekarang bekerja di temerloh (xsilap aku la).Xdapat balik atas tanggungjawab kerjanya.
Masalah kedua : Mase perform 2,hahaha..banyak yang kantoi sebab praktis kurang. bertambah plak line up laen2,so chemistry 2 xmari lagi lah orang katekan..huhu
tapi xpe,bukan semua pun nampak benda 2..and pada mereka2 yang nampak,just relax je k..wat2 xde masalah je..haha
Masalah ketiga : Habis je perform 2,so xde la masalah..selamat da kitaorang hari 2..just aku ade basuh la sket2 budak2 2..haha..praktis laen,maen laen..wakakakak
Band2 yang perform pun hari 2 hebat2,korang tengok la flyer kat bawah ne list band yang perform. Just aku nak tekan kan kat sini aku tertarik dengan 2band ne. Mule2, band Structured, then band The Only cure is Dying..Fuh,bapak gile hebat dan mantap. Korang yang xtengok ag 2 bley r tengok dorang perform kalau ade peluang. Rugi xtengok,best gile wa cakap lu!
Disini,aku wakil Later ALL mengucapkan terima kasih kepada Gegey Music yang invite kitaorang bagi peluang perform event Gegey Music dan semua yang saport kitaorang selama ne.
Satu ag,nampaknye lame ag plak la baru aku dapat menulis dalam blog ne sebab,event Huru X Hara 2011 ne adalah event Later ALL terakhir memainkan lagu2 lame dan arrangement lagu lame yang macam korang biase dengar 2..(2pun kalau korang dengar lagu kitaorang)..haha
Lepas ne,Later ALL akan berehat untuk sementara waktu bagi menyusun semula lagu2 dan mencari identiti tersendiri..harap mana yang kenal Later All 2,teruskan sapport kitaorang dan tunggu come back daripada kitaorang..i'Allah,kami hanya merancang,Allah yang tentukan..Semoga berjumpa lagi kawan2 Later semua di next event yang xtau bile..Teruskan menyokong scene tempatan,and keep 'riot'..We love u all. TQ
Saturday, June 25, 2011
Huru X Hara 2011
Posted by LyriCmaDeuP at 6:21 AM 0 comments
Monday, April 11, 2011
Attack Of Indie Kids 2011
Sini aku bukan nak crita pasal Later ALL punya performance, tapi aku jadi sessionnist guitarist untuk band Failure Proposal.
Mula-mula aku nak berterima kasih kepada FP kerana sudi invite aku jadi sessionist diaorang untuk Attack Of Indie Kids 2011 by Gegey Music. So xpasal2 aku pun rase duduk satu backstage and stage ngan band2 nesar macam Horryfied, Givenpath, Dead Eyes Glow, Mad Monster Attack, Subculture, The Padangs, Daily show, Hello, this is the band?, and many more.. Thanks again.
Nak di jadikan cerita,FP opening band untuk event ne,so ktorg berada atas stage 2 b4 crowd masuk venue ag untuk sound check. Sound check semua ok, tp....
Mase acara bermula (macam tarik tali la plak acara bermula..wakakaka), lagu pertama pun ok jgk..Masuk lagu ke2,mulanya ok..Then smpai tengah lagu, macammana entah Lala aku 2 (my Ibanez Guitar) bley ptus tali plak..adei~
Da la tali no6 plak 2,xkire la tali no berapa pun yang putus kan,tune cnfrm lari..Effect kat tali laen,sebab bridge guitar aku 2 floyd rose. Damn! Aku buat2 relax mase 2,meneruskan lagu dengan adegan solo kat note yg sumbang (untuk kejar balik tune). Habis lagu ke2 2,aku pun pergi ke belakang stage even aku xde guitar spare pun..huhu
Alhamdulillah, guitarist hello,this is the band? ade time 2 menyelamatkan keadaan aku yang gamat time 2..huk3
Masalah seterusnya,guitar yang aku pinjam 2 plak x tune ag,so ambik mase gak nak tune..Aku wat2 rlx..tune slow2,walaupun crowd da bising da..MC event mengawal keadaan. Terima Kasih kepada guitarist HTITB(ops..aku lupe nak tanya nama die) yang sudi pinjamkan guitar untuk aku teruskan lagu ke3 dan ke4 bersama FP. Well,u rock dude,and your guitar sound's pretty nice! TQ so much..
Aku pun xingat turn lepas kiatorg perform 2 sape,event di teruskan dengan persembahan yang gile punya mantap untuk jamuan crowd yang datang pada hari 2.
Untuk info lanjut sal event 2,korang bley direct ke page Gegey Music. Or page band yang aku listkan tadi..
p/s: Kepada Failure Proposal,kalau aku maen hancur ke,xpuas hati ngan persembahan aku ke,aku redha korang reject or pape yang sepatutnya..T.T mintak2 xla..huhu
u guys ROCK!
click on pic for full view!
Posted by LyriCmaDeuP at 8:55 AM 0 comments
Sunday, April 10, 2011
Bila Minat Mengatasi Segalanya! Totally DIY.
*so ne macammana aku prepare cd LaterALL sebelum di bahagi2kan secara percuma kepada semua~ dengan harapan korang semua sudi dengar lagu LaterALL..Keep Support buddy!
Posted by LyriCmaDeuP at 3:33 AM 0 comments
Wednesday, April 6, 2011
Later ALL - Trial Project
Fuhh..lagu Later ALL sebelum ne, Syringe, Influence Inspiration, dan KawanKu, lagu ne la yang paling lama duk kat studio..Banyak bertanngguh, dan banyak ubah suai yang di buat atas lagu ne smapai la jadi macam ne..Setelah pelbagai kutukan yang diterima dari master aku (kamarul kapilla), dan ubah suai yang di buat, akhirnya pada ahad yang lepas 3hb April 2011, 'Trial Project' selamat di'upload'kan di laman sosial Facebook Later ALL. Well, sebelum aku bercerita panjang,aku nak berterima kasih kat Joanna Joe yang membantu aku dalam translating lyric dan jadi chegu BI aku membetulkan sebutan aku waktu rakaman vokal. Kalau x memang haram mengarut2 gak aku nyanyi pun..hahaha
Sekarang aku nak bercerita pasal jalan cerita lagu ne plak. Lagu ne sebenarnye kalau korang faham BI yang aku nyanyi 2, bercerita tentang susah payahnya menghasilkan sebuah lagu 2 untuk kepuasan semua pendengar. Pentingnya kejujuran dalam menghasilkan sebuah karya. Dalam nya seni seorang pencipta untuk berkarya. Kepayahan menarik perhatian orang untuk menghargai hasil karya. Lari dari hasil karya yang telah tercipta dan lari dari kepompong susunan lagu yang biasa.
Hakikatnya aku masih gagal mngatasi semua 2,aku pun xtau dimana silap aku or mayb ilmu masih kurang di dada..Menerima nasihat daripada yang berpengalaman,aku memilih untuk keluarkan juga lagu ne..So aku harap korang semua enjoy dan menghayati lagu ne.
Korang bley dengar lagu ne kat sini ---> 'Trial Project'
Posted by LyriCmaDeuP at 6:14 AM 0 comments
Sunday, February 20, 2011
Ahli Muzik Juga Orang Biasa
Tiada yang 'Special' pun musician ne sebenarnya, sama seperti orang-orang lain. Cuma bezanya, pada bakat yang memberi pakej untuk mereka di sanjungi dan menjadi idola dunia. Yang pasti musician juga 'Punya Hati Budi, Dan Perasaan Yang Hakiki'. Tidak lari dari masalah liku-liku hidup. Tidak lari juga dari kecimpung masalah emosi yang membelengu.
'Tiada Seni tanpa Curahan Perasaan'
Posted by LyriCmaDeuP at 8:49 AM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
Event yang LaterALL kecewakan..
Sekali lagi kami LaterALL memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku menyebabkan LaterALL tidak dapat turun untuk perform UPSTART by Gegey Music pada 12 Feb lepas. Namun aku (azmi) hanya bermain untuk Jojoe yang juga perform pada hari tersebut..
well here the flyer and xbanyak yang aku dapat katakan disini. Bnad Anamys Affair mememang best. Ops,terlupe..Ananmys Affair ne band jemputan yang berasal daripada Shah Alam. Pengganti LaterALL pada hari 2 ialah 199X..U guys realy cool guys~
Posted by LyriCmaDeuP at 9:50 PM 0 comments
Sunday, November 28, 2010
Largest Guitar Performance 2010 (20 nov - 25 nov)
19hb November 2010:
Tepat pukul 5ptg lebih2,aku bersama Aiman(2nd guitar Later ALL) bertolak dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur. Berbekalkan beg pakaian yang dianggarkan mampu benutupi tubuh kami selama 5hari dan 4buah gitar (gitar je penuh seat belakang..nasib kami ber2 je..haha). Perjalanan agak suram disebabkan kami yang xcukup tidur dan kedaan cuaca yang tidak menentu sepanjang perjalanan. Dengan Tawakal dan penuh berhati2,kami menempuh hujan lebat dengan kelajuan 60-70km/jam. Pemandangan agak terbatas kerana hari sudah pun malam dan hujan yang turun sekejap lebat,sekejap renyai2 or kata lain,tidak juga menentu. Mase berlalu seiring dengan perjalanan kami yang semakin jauh meninggalkan Kelantan.
20hb November 2010:
Nak dipendekkan cerita,setelah 10jam menenpuh perjalanan yang agak mencabar naik dan turun bukit dengan cuaca teruk,kami pun sampai (dalam pukul 2 or 3 pagi gak kot). Tidak termasuk masa untuk mencari kawasan yang dipanggil Bandar Baru Bangi. Aku pun xingat sal aku pun tengah letih mase 2. Sampai sahaja bandar baru Bangi,kami pun menghubungi sahabat kami yang tiggal di kawasan berhampiran. Macam biasa la,perantau mesti nak cari port untuk tidur. Kalau xharapkan mamber2,sape ag..huhu
Sahabat (Nama samaran Rima) yang dihubungi pun datang menjemput kitaorang kat petronas seksyen 1 bandar baru Bangi. Mengisi perut yang kosong setelah berjam-jam duduk dalam kereta Kenari kepunyaan Aiman (kedai mamak pun jadi r da kedai melayu semua tutup sal masih lagi bercuti Hari Raya AidilAdha agaknya dan hari sudah lewat malam). Lepas makan kami pun menumpang dirumah flat yang disewa oleh sahabat kami tadi. Mandi2,then apa lagi..tidur la..haha
Around 12pn jgk baru kami terjaga dari lena+letih perjalanan. Kami bangun dan menyiapkan diri kami untuk pergi mendaftar (dengan berbekalkan ilmu yang sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan gitaris2 lain) sebagai peserta individu. Tempat pendaftaran : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semasa pendaftaran,kami menjalani uji bakat untuk menentukan kumpulan kami mengikut Level-level yang telah dipecahkan kepada 5 kumpulan (level 1: Pro,dan level 2: Semi Pro,dan begitu la berikutnya susunan kumpulan mengikut kemampuan si pemain gitar). Lepas menjalani uji bakat,aku ditempatkan di Level 2,manakala Aiman Level 3. Alhamdulillah la,even kami xpandai sangat pun tapi kami diberi kepercayaan dan berada dikumpulan yang sepatutnya. Nampaknya aku dan aiman berpecah kumpulan dan aku sempat berpesan kepada aiman "ape2 yang orang tanye ko sal gitar2 ne,ko cakap je xtau ek..biar nampak bodoh pun xpe r"..bukan ape,kami datang nak belajar dan cari pengalaman,bukan nak tunjuk pandai or nak tunjuk ape yang kami tau. Biar tau bende same berkali-kali pun xpe janji orang xanggap kita sombong dan bongkak.
Sebelum kami perpecah dan masuk ke kumpulan masing-masing,kami sempat makan tengah hari dengan makanan yang telah tersedia untuk peserta sebelum taklimat bermula pukul 2.30 ptg. Selepas makan,check in penginapan iaitu di kolej Rahim Kajai UKM. Kemas-kemas barang,then balik semula ke Dewan pendaftaran tadi (Dewan Tun Abdul Razak xsilap aku,dewan yang paling besar kat UKM 2). Kami deberi taklimat pasal jadual latihan,asrama,dan semua la. Selepas taklimat,kami terpisah dek kumpulan yang telah diberikan untuk menjalani latihan di tempat yang telah ditetapkan sekitar kawasan Dewan.
Aku sempat berkenalan dengan sorang mamat yang sekumpulan dengan aku (nama:salleh, kelebihan:mampu membaca note gitar, background: student yamaha music). Memandangkan salleh mampu membca note gitar manakala aku plak just 'by heart',so aku pun menumpang kepandaian dia untuk menjalankan tugasan yang telah dibahagikan kepada setiap kumpulan.
Latihan berjalan sehingga pukul 5 ptg dan lebih,untuk memberi laluan kepada solat maghrib. Dan kami dijadualkan menjalani latihan semula pada 8mlm. Aku berjumpa semula dengan aiman dan kuar untuk mencari keprluan peribadi untuk duduk di hostel. Balik bilik,mandi,bersiap then sedar xsedar kami kena menjalani latihan semula.
"tong teng teng tung tang",seluruh Dewan bagaikan bergetar dengan bunyi2an gitar para peserta. Sampai la waktu makan malam then balik bilik masing2. Aku dan Aiman sempat keluar ke 7eleven untuk mencari keperluan tambahan 'oxygen' dan air minum.
21hb November 2010:
Sepatutnya kami dijadualkan berkumpul di Dewan pukul 8pagi,tapi kami terlajak tidur dan bangun lebih kurang dalam pukul 11 pagi. Kami bersiap dan bergegas ke Dewan dan berpecah mengikut kumpulan masing-masing seperti tidak ada apa2 yang berlaku. Dan seterusnya malam,ada sesi latihan gabungan semua kumpulan manakala peserta nampaknya semakin bertambah bagi memenuhi keprluan 1000 orang gitaris yang akan di catatkan didalam Malaysian Book of Record, sehinggalah latihan pada hari 2 tamat pada pukul 10.30mlm dan semua peserta balik ke bilik masing2 untuk berehat dan tidur. Aku dan aiman sempat merayau sampai ke KL mencari uptown/downtown tetapi berakhir dengan sesat dan balik ke bilik dalam pukul 4pagi (yang bestnye kat UKM ne,bley masuk dan keluar bebas,janji ade kad id bahawasanya kita duduk kat dalam kampus or student).
22hb November 2010:
Sekali lagi,kami bangun lambat dan datang ke dewan dengan muke 'slamber' macam xbuat salah dan masuk ke kumpulan masing2 dan menyambung latihan. Hari ne,kami dapat mempelajari semua note yang sepatutnya kami maenkan untuk gabungan semua kumpulan. (xingat nak bagitau,ade 2 lagu yang perlu dimainkan mengikut peranan kumpulan. Lagu pertama 'Malaysia Inovatif'-lagu tema malaysia inovatif, kedua '1000 guitar'-lagu tema bagi event yang menumpulkan 1000++ gitaris ne.)
Malam diselitkan dengan latihan penuh untuk gabungan semua kumpulan gitar dan berhenti rehat untuk makan malam. lepas makan sambung latihan lagi sampai la jadual untuk malam 2 tamat.
Seperti malam sebelumnya,aku dan aiman selepas balik bilik letak gitar ape semua,kami pun kuar la lepak. Dan balik juga macam biasa la..haha
23hb November 2010:
Da jadi kebiasaan la plak pada kami,kami masih bangun lambat dan datang ke dewan lewat dari orang laen. Menjalani latihan seprti biasa dan menjalani latihan gabungan kumpulan lagi dan lagi dan lagi.
Sebelah malam plak setiap cikgu kumpulan di minta untuk memilih ahli kumpulan yang terbaek untuk menjalani sesi recording live untuk guide track perform nanti.
'Magic'nya aku terpilih dan aiman pun terpilih untuk wakil kumpulan gitar 3. Ntah macammana cikgu aku 2 bley percaya kat aku. Ntah ape yang die nampak pun aku xtau. Tapi semalam die ade tegur aku, die tanya samada aku ne pernah belajar music ke ape,aku cakap la aku ne xpenah belajar maen music ne,by heart je. Daripada wakil-wakil kumpulan yang terplilih ne,die select plak 10 orang yang terbaek dari keseluruhan yang terpelih untuk digabungkan menjadi 10 orang yang dihadapan. (Ntah korang faham ke x ne aku maksudkan..haha). 'Magic'nya lagi,dalam 10 orang yang die select tu pun aku terpilih gak. Memang masyuk,dan thanks Allah bagi aku peluang dan bagi dornag yang terlibat untuk pilih yang terbaek 2 nampak kemampuan aku.:)Sebelum sesi bermula,aku sempat terdengar Encik Azan (jawatan:conduct combo UKM selaku pengarah program) berkata kepada beberapa urusetia program, 'kalau recording malam ne xleh pakai,kita akan select ag dari yang terpilih ne dalam 3-4orang untuk record kat studio'. Bila aku terdengar 2,hati aku pun terdetik menyimpan angan-angan (yang hampir mustahil rasenya) kalau terpilih juga la pergi recording kat studio mesti gempak gile..haha
Well,setelah semua yang terpilih ne mengambil tempat masing2,semua peserta yang tidak terlibat dengan live recording ne diarahkan balik ke bilik masing2 bagi mengoososngkan dewan untuk sesi rakaman live dijalankan. Terharu pun ade aku rase bila aku terpilih sebagai 10 orang yang dihadapan memainkan peranan. Selepas beberapa sesi dijalankan,selesai la juga akhirnya. So semua yang terlibat plak bley balik bilik masing walaupun jadual da lari dari yang sepatutnya,tapi semua nampak puas dapat memikul tanggungjawab dan diberi kepercayaan sedemikian rupa. Begitu juga aku.
Aku balik ke bilik dengan puas hati dan agak happy la,sal terpilih daripada 1000++ peserta. Aku dan aimay tidak keluar pada malam 2,letih dan mengantuk sangat. Kami berborak kosong pasal kejadian terpilihnya kami untuk live recording tadi sebelum akmi memejam mata untuk tidur sambil tersenyum. Aku masih berangan-angankan yang tadi,terpilih untuk record kat studio esok!
24hb November 2010:
Pagi jangan tanya la,conform aku dan aiman xbangun lagi..haha
Aku bagun dikejutkan oleh panggilan telefon yang mana aku diarahkan untuk datang ke dewan dengan segera untuk bertolak ke International Islamic University kat Nilai xsilap aku,untuk studio recording. Means that, aku terpilih?! Yuhuu!. Kegembiraan yang teramat aku pada masa 2,Tuhan je la tahu. Aku pun segera bersiap dan bergegas untuk pergi recording. Setengah jam perjalanan,sampai la kat UIA ne. Menggu giliran untuk record dengan debar+gembira sangat-sangat. Siapa sangka dari 1000++ peserta,aku terpilih??Fuh..
Sesi rakaman berjalan sehingga pukul 8malam,dan semua terlibat balik ke UKM semula dan sampai dengan rasa sedikit bangga dan terharu dapat mmenyandang kepercayaan sedemikian rupa. Sampainya diUKM,aku dan bebrapa orang yang terlibat manjamu selera yang telah disimpan khas untuk yang terlibat ngan sesi recording. Lepas makan,aku pun mencari tempat duduk didalam dewan dan kedengaran lagu yang direcord studio tadi berkumandang setiap ceruk dewan. Aku termenung dalam kedaan masih tidak percaya.
Then pas 2 aku xingat ape yang blaku..huhu
latuhan macam biasa cume kali ne ada guide hasil recording tadi..
25hb November 2010:
Hari ne kami dijadualkan untuk membuat raptai kat stadium putra bukit jalil yang mana tempat yang akan mencatatkan sejarah bagi 1000++ peserta yang terlibat. Bakal disaksikan dan dirasmikan sendiri oleh PM. Kami bergerak ke bukit jalil selepas sahaja semunya habis makan tengah hari. Kesemua 32 buah bas yang membawa kami ke sana sambil didiringi oleh Polis Diraja Malaysia,perjalanan lancar tanpa terlibat dengan kesesakan lalu lintas.
Setibanya dihadapan stadium,kami berjalan kaki untuk sampai ke stadium putra. masih belum ada apa-apa yang perlu dibuat,so aku dan aiman pun lepak la. Hari da mulai gelap,baru la kami di panggil masuk ke dewan bagi memulakan raptai..
Agak boring la,aku pun malas nak cerita da. Balik2 buat bnde same berulang-ulang. Raptai habis dalam jam 11 malam,dan kami balik ke UKM mengguna bas yang telah disediakan tadi.
Sampai UKM,aku balik ke bilik then xlame pas 2 aku dan aiman keluar ke bandar bangi untuk membeli stock dan kelengkapan. Seperti biasa juga,balik nak-nak subuh then tidur.
25hb November 2010:
Hari ne hari kemuncak. Dimana malam ne kami akan membuat persembahan dihadapan Perdana Menteri sendiri.
Kami bangun seperti biasa juga,pukul 12 tengah hari. Bersiap untuk pergi ke dewan sebelum bertolak ke Bukit Jalil selepas makan tengah hari. Ntah macamana,kami boleh tertinggal makan tengah hari. Semua sebab lewat datang Dewan la. Urusetia dewan da kemas2 da pun makanan 2. So aku ngan aiman pun keluar untuk mencari makanan. Da makan,kami pun balik ke UKM dan setibanya kami d'UKM bas-bas untuk membawa peserta ke Bukit Jalil da pun menunggu penumpangnya. Sekali lagi,kami diiringi Polis untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sampai di Bukit Jalil,kami mengambil tempat masing-masing untuk raptai last sebelum acara perasmian bermula. Malas nak cerita sal raptai,so bla bla bla,raptai pun sattle. Semua peserta dibenarkan untuk pergi makan malam yang disediakan dan masuk ke dewan pukul8 malam. Aku dan aiman sempat mengambil makanan lebih memandang kami yang agak kelaparan,so far cukup je semua..haha
Jam 8malam,terdengar laungan suara urusetia yang meminta kami masuk dan mengambil tempat masing-masing untuk menunggu kedatangan PM dan sekali memulakan majlis.
Ntah pukul berape,aku pun xingat. Orang ternama yang ditunggu2 pun sampai la menaiki kereta Neo yang di ubahsuai (bumbung kereta xde) sambil melambai2 kepada penonton dan peserta yang memenuhi dewan Putra Bukit Jalil. Seperti biasa majlis mesti didhulukan dengan sesi ucapan dari VIP. MC pada malam 2,Adibah Nor. Artis laen yang terlibat seperti Faizal Tahir dan Stacy yang menjadi hiburan selingan pada malam 2 diikuti dengan persembahan dari pemenang kebudayaan kebangsaan yang aku pun xberapa nak minat nk ambil tahu.
Setelah ucapan perasmian dari PM,beberapa lagi pertunjukan diadakan sebelum kak Adibah Nor mengumumkan persembahan 1000 gitar yang bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Record. Kami semua bersatu padu dengan semangat yang jitu bermain gitar mengikut posisi masing-masing. Setelah habis 2lagu kami bersorak beramai-ramai menjukkan kami puas hati dengan persembahan kami. Apa yang kami tunggu adalah pengiktirafan dari pihak Malaysian Book of Record. And,syukur PM sendiri menandatangani Sijil Malaysian Book of Record bagi mengesahkan kami berjaya. Sekali lagi kami bersorak setelah di umumkan berjaya mendapat pengikhtirafan. Tidak sia-sia kami membuat latihan selama 5hari 4malam untuk menunjukkan kami mampu melakukannya bersama-sama. Well,acara ditutup setelah PM berangkat balik dan cabutan bertuah yang menjanjikan sebuah kereta satria NEO.
Setelah selesai semua,kami pun balik menaiki bas yang membawa kami datang ke Bukit Jalil tadi,bezanya mase balik Polis tidak mengiringi. Sampai di UKM,aku masuk ke dewan untuk mengambil gitar free hasil dari cabutan bertuah no kad aku. (xingat nak bagitau,mase duk kat recording,no giliran aku naek untuk cabutan bertuah). Da ambik gitar free,aku dan aiman keluar untuk memberi beberapa keperluan yang korang faham2 je la 'oxygen'..haha,, tapi kami tidak keluar lepak lame sal nak menghayati masa bersama kawan-kawan laen sebelum berpisah esok.
**Begitulah ceritanya sepanjang perjalanan program. Keesokan 2 kami balik ke KB pada pukul 4ptg sebab utamanya pun bangun lambat..haha. Jangan tanya gambar ek,kami xde camera.:P nanti kalau ade jumpa dak2 upload kat FB kang aku paw n upload kat sini..Later
**UPDATE (picture colection yang aku jumpa kat FB)
Posted by LyriCmaDeuP at 1:36 PM 0 comments