Sunday, November 28, 2010

Largest Guitar Performance 2010 (20 nov - 25 nov)

19hb November 2010:

Tepat pukul 5ptg lebih2,aku bersama Aiman(2nd guitar Later ALL) bertolak dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur. Berbekalkan beg pakaian yang dianggarkan mampu benutupi tubuh kami selama 5hari dan 4buah gitar (gitar je penuh seat belakang..nasib kami ber2 je..haha). Perjalanan agak suram disebabkan kami yang xcukup tidur dan kedaan cuaca yang tidak menentu sepanjang perjalanan. Dengan Tawakal dan penuh berhati2,kami menempuh hujan lebat dengan kelajuan 60-70km/jam. Pemandangan agak terbatas kerana hari sudah pun malam dan hujan yang turun sekejap lebat,sekejap renyai2 or kata lain,tidak juga menentu. Mase berlalu seiring dengan perjalanan kami yang semakin jauh meninggalkan Kelantan.


20hb November 2010:

Nak dipendekkan cerita,setelah 10jam menenpuh perjalanan yang agak mencabar naik dan turun bukit dengan cuaca teruk,kami pun sampai (dalam pukul 2 or 3 pagi gak kot). Tidak termasuk masa untuk mencari kawasan yang dipanggil Bandar Baru Bangi. Aku pun xingat sal aku pun tengah letih mase 2. Sampai sahaja bandar baru Bangi,kami pun menghubungi sahabat kami yang tiggal di kawasan berhampiran. Macam biasa la,perantau mesti nak cari port untuk tidur. Kalau xharapkan mamber2,sape ag..huhu
Sahabat (Nama samaran Rima) yang dihubungi pun datang menjemput kitaorang kat petronas seksyen 1 bandar baru Bangi. Mengisi perut yang kosong setelah berjam-jam duduk dalam kereta Kenari kepunyaan Aiman (kedai mamak pun jadi r da kedai melayu semua tutup sal masih lagi bercuti Hari Raya AidilAdha agaknya dan hari sudah lewat malam). Lepas makan kami pun menumpang dirumah flat yang disewa oleh sahabat kami tadi. Mandi2,then apa lagi..tidur la..haha

Around 12pn jgk baru kami terjaga dari lena+letih perjalanan. Kami bangun dan menyiapkan diri kami untuk pergi mendaftar (dengan berbekalkan ilmu yang sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan gitaris2 lain) sebagai peserta individu. Tempat pendaftaran : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semasa pendaftaran,kami menjalani uji bakat untuk menentukan kumpulan kami mengikut Level-level yang telah dipecahkan kepada 5 kumpulan (level 1: Pro,dan level 2: Semi Pro,dan begitu la berikutnya susunan kumpulan mengikut kemampuan si pemain gitar). Lepas menjalani uji bakat,aku ditempatkan di Level 2,manakala Aiman Level 3. Alhamdulillah la,even kami xpandai sangat pun tapi kami diberi kepercayaan dan berada dikumpulan yang sepatutnya. Nampaknya aku dan aiman berpecah kumpulan dan aku sempat berpesan kepada aiman "ape2 yang orang tanye ko sal gitar2 ne,ko cakap je xtau ek..biar nampak bodoh pun xpe r"..bukan ape,kami datang nak belajar dan cari pengalaman,bukan nak tunjuk pandai or nak tunjuk ape yang kami tau. Biar tau bende same berkali-kali pun xpe janji orang xanggap kita sombong dan bongkak.

Sebelum kami perpecah dan masuk ke kumpulan masing-masing,kami sempat makan tengah hari dengan makanan yang telah tersedia untuk peserta sebelum taklimat bermula pukul 2.30 ptg. Selepas makan,check in penginapan iaitu di kolej Rahim Kajai UKM. Kemas-kemas barang,then balik semula ke Dewan pendaftaran tadi (Dewan Tun Abdul Razak xsilap aku,dewan yang paling besar kat UKM 2). Kami deberi taklimat pasal jadual latihan,asrama,dan semua la. Selepas taklimat,kami terpisah dek kumpulan yang telah diberikan untuk menjalani latihan di tempat yang telah ditetapkan sekitar kawasan Dewan.

Aku sempat berkenalan dengan sorang mamat yang sekumpulan dengan aku (nama:salleh, kelebihan:mampu membaca note gitar, background: student yamaha music). Memandangkan salleh mampu membca note gitar manakala aku plak just 'by heart',so aku pun menumpang kepandaian dia untuk menjalankan tugasan yang telah dibahagikan kepada setiap kumpulan.

Latihan berjalan sehingga pukul 5 ptg dan lebih,untuk memberi laluan kepada solat maghrib. Dan kami dijadualkan menjalani latihan semula pada 8mlm. Aku berjumpa semula dengan aiman dan kuar untuk mencari keprluan peribadi untuk duduk di hostel. Balik bilik,mandi,bersiap then sedar xsedar kami kena menjalani latihan semula.

"tong teng teng tung tang",seluruh Dewan bagaikan bergetar dengan bunyi2an gitar para peserta. Sampai la waktu makan malam then balik bilik masing2. Aku dan Aiman sempat keluar ke 7eleven untuk mencari keperluan tambahan 'oxygen' dan air minum.


21hb November 2010:

Sepatutnya kami dijadualkan berkumpul di Dewan pukul 8pagi,tapi kami terlajak tidur dan bangun lebih kurang dalam pukul 11 pagi. Kami bersiap dan bergegas ke Dewan dan berpecah mengikut kumpulan masing-masing seperti tidak ada apa2 yang berlaku. Dan seterusnya malam,ada sesi latihan gabungan semua kumpulan manakala peserta nampaknya semakin bertambah bagi memenuhi keprluan 1000 orang gitaris yang akan di catatkan didalam Malaysian Book of Record, sehinggalah latihan pada hari 2 tamat pada pukul 10.30mlm dan semua peserta balik ke bilik masing2 untuk berehat dan tidur. Aku dan aiman sempat merayau sampai ke KL mencari uptown/downtown tetapi berakhir dengan sesat dan balik ke bilik dalam pukul 4pagi (yang bestnye kat UKM ne,bley masuk dan keluar bebas,janji ade kad id bahawasanya kita duduk kat dalam kampus or student).


22hb November 2010:


Sekali lagi,kami bangun lambat dan datang ke dewan dengan muke 'slamber' macam xbuat salah dan masuk ke kumpulan masing2 dan menyambung latihan. Hari ne,kami dapat mempelajari semua note yang sepatutnya kami maenkan untuk gabungan semua kumpulan. (xingat nak bagitau,ade 2 lagu yang perlu dimainkan mengikut peranan kumpulan. Lagu pertama 'Malaysia Inovatif'-lagu tema malaysia inovatif, kedua '1000 guitar'-lagu tema bagi event yang menumpulkan 1000++ gitaris ne.)
Malam diselitkan dengan latihan penuh untuk gabungan semua kumpulan gitar dan berhenti rehat untuk makan malam. lepas makan sambung latihan lagi sampai la jadual untuk malam 2 tamat.

Seperti malam sebelumnya,aku dan aiman selepas balik bilik letak gitar ape semua,kami pun kuar la lepak. Dan balik juga macam biasa la..haha


23hb November 2010:

Da jadi kebiasaan la plak pada kami,kami masih bangun lambat dan datang ke dewan lewat dari orang laen. Menjalani latihan seprti biasa dan menjalani latihan gabungan kumpulan lagi dan lagi dan lagi.
Sebelah malam plak setiap cikgu kumpulan di minta untuk memilih ahli kumpulan yang terbaek untuk menjalani sesi recording live untuk guide track perform nanti.

'Magic'nya aku terpilih dan aiman pun terpilih untuk wakil kumpulan gitar 3. Ntah macammana cikgu aku 2 bley percaya kat aku. Ntah ape yang die nampak pun aku xtau. Tapi semalam die ade tegur aku, die tanya samada aku ne pernah belajar music ke ape,aku cakap la aku ne xpenah belajar maen music ne,by heart je. Daripada wakil-wakil kumpulan yang terplilih ne,die select plak 10 orang yang terbaek dari keseluruhan yang terpelih untuk digabungkan menjadi 10 orang yang dihadapan. (Ntah korang faham ke x ne aku maksudkan..haha). 'Magic'nya lagi,dalam 10 orang yang die select tu pun aku terpilih gak. Memang masyuk,dan thanks Allah bagi aku peluang dan bagi dornag yang terlibat untuk pilih yang terbaek 2 nampak kemampuan aku.:)Sebelum sesi bermula,aku sempat terdengar Encik Azan (jawatan:conduct combo UKM selaku pengarah program) berkata kepada beberapa urusetia program, 'kalau recording malam ne xleh pakai,kita akan select ag dari yang terpilih ne dalam 3-4orang untuk record kat studio'. Bila aku terdengar 2,hati aku pun terdetik menyimpan angan-angan (yang hampir mustahil rasenya) kalau terpilih juga la pergi recording kat studio mesti gempak gile..haha

Well,setelah semua yang terpilih ne mengambil tempat masing2,semua peserta yang tidak terlibat dengan live recording ne diarahkan balik ke bilik masing2 bagi mengoososngkan dewan untuk sesi rakaman live dijalankan. Terharu pun ade aku rase bila aku terpilih sebagai 10 orang yang dihadapan memainkan peranan. Selepas beberapa sesi dijalankan,selesai la juga akhirnya. So semua yang terlibat plak bley balik bilik masing walaupun jadual da lari dari yang sepatutnya,tapi semua nampak puas dapat memikul tanggungjawab dan diberi kepercayaan sedemikian rupa. Begitu juga aku.

Aku balik ke bilik dengan puas hati dan agak happy la,sal terpilih daripada 1000++ peserta. Aku dan aimay tidak keluar pada malam 2,letih dan mengantuk sangat. Kami berborak kosong pasal kejadian terpilihnya kami untuk live recording tadi sebelum akmi memejam mata untuk tidur sambil tersenyum. Aku masih berangan-angankan yang tadi,terpilih untuk record kat studio esok!


24hb November 2010:


Pagi jangan tanya la,conform aku dan aiman xbangun lagi..haha
Aku bagun dikejutkan oleh panggilan telefon yang mana aku diarahkan untuk datang ke dewan dengan segera untuk bertolak ke International Islamic University kat Nilai xsilap aku,untuk studio recording. Means that, aku terpilih?! Yuhuu!. Kegembiraan yang teramat aku pada masa 2,Tuhan je la tahu. Aku pun segera bersiap dan bergegas untuk pergi recording. Setengah jam perjalanan,sampai la kat UIA ne. Menggu giliran untuk record dengan debar+gembira sangat-sangat. Siapa sangka dari 1000++ peserta,aku terpilih??Fuh..

Sesi rakaman berjalan sehingga pukul 8malam,dan semua terlibat balik ke UKM semula dan sampai dengan rasa sedikit bangga dan terharu dapat mmenyandang kepercayaan sedemikian rupa. Sampainya diUKM,aku dan bebrapa orang yang terlibat manjamu selera yang telah disimpan khas untuk yang terlibat ngan sesi recording. Lepas makan,aku pun mencari tempat duduk didalam dewan dan kedengaran lagu yang direcord studio tadi berkumandang setiap ceruk dewan. Aku termenung dalam kedaan masih tidak percaya.

Then pas 2 aku xingat ape yang blaku..huhu
latuhan macam biasa cume kali ne ada guide hasil recording tadi..


25hb November 2010:

Hari ne kami dijadualkan untuk membuat raptai kat stadium putra bukit jalil yang mana tempat yang akan mencatatkan sejarah bagi 1000++ peserta yang terlibat. Bakal disaksikan dan dirasmikan sendiri oleh PM. Kami bergerak ke bukit jalil selepas sahaja semunya habis makan tengah hari. Kesemua 32 buah bas yang membawa kami ke sana sambil didiringi oleh Polis Diraja Malaysia,perjalanan lancar tanpa terlibat dengan kesesakan lalu lintas.

Setibanya dihadapan stadium,kami berjalan kaki untuk sampai ke stadium putra. masih belum ada apa-apa yang perlu dibuat,so aku dan aiman pun lepak la. Hari da mulai gelap,baru la kami di panggil masuk ke dewan bagi memulakan raptai..

Agak boring la,aku pun malas nak cerita da. Balik2 buat bnde same berulang-ulang. Raptai habis dalam jam 11 malam,dan kami balik ke UKM mengguna bas yang telah disediakan tadi.

Sampai UKM,aku balik ke bilik then xlame pas 2 aku dan aiman keluar ke bandar bangi untuk membeli stock dan kelengkapan. Seperti biasa juga,balik nak-nak subuh then tidur.


25hb November 2010:


Hari ne hari kemuncak. Dimana malam ne kami akan membuat persembahan dihadapan Perdana Menteri sendiri.

Kami bangun seperti biasa juga,pukul 12 tengah hari. Bersiap untuk pergi ke dewan sebelum bertolak ke Bukit Jalil selepas makan tengah hari. Ntah macamana,kami boleh tertinggal makan tengah hari. Semua sebab lewat datang Dewan la. Urusetia dewan da kemas2 da pun makanan 2. So aku ngan aiman pun keluar untuk mencari makanan. Da makan,kami pun balik ke UKM dan setibanya kami d'UKM bas-bas untuk membawa peserta ke Bukit Jalil da pun menunggu penumpangnya. Sekali lagi,kami diiringi Polis untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sampai di Bukit Jalil,kami mengambil tempat masing-masing untuk raptai last sebelum acara perasmian bermula. Malas nak cerita sal raptai,so bla bla bla,raptai pun sattle. Semua peserta dibenarkan untuk pergi makan malam yang disediakan dan masuk ke dewan pukul8 malam. Aku dan aiman sempat mengambil makanan lebih memandang kami yang agak kelaparan,so far cukup je semua..haha

Jam 8malam,terdengar laungan suara urusetia yang meminta kami masuk dan mengambil tempat masing-masing untuk menunggu kedatangan PM dan sekali memulakan majlis.

Ntah pukul berape,aku pun xingat. Orang ternama yang ditunggu2 pun sampai la menaiki kereta Neo yang di ubahsuai (bumbung kereta xde) sambil melambai2 kepada penonton dan peserta yang memenuhi dewan Putra Bukit Jalil. Seperti biasa majlis mesti didhulukan dengan sesi ucapan dari VIP. MC pada malam 2,Adibah Nor. Artis laen yang terlibat seperti Faizal Tahir dan Stacy yang menjadi hiburan selingan pada malam 2 diikuti dengan persembahan dari pemenang kebudayaan kebangsaan yang aku pun xberapa nak minat nk ambil tahu.

Setelah ucapan perasmian dari PM,beberapa lagi pertunjukan diadakan sebelum kak Adibah Nor mengumumkan persembahan 1000 gitar yang bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Record. Kami semua bersatu padu dengan semangat yang jitu bermain gitar mengikut posisi masing-masing. Setelah habis 2lagu kami bersorak beramai-ramai menjukkan kami puas hati dengan persembahan kami. Apa yang kami tunggu adalah pengiktirafan dari pihak Malaysian Book of Record. And,syukur PM sendiri menandatangani Sijil Malaysian Book of Record bagi mengesahkan kami berjaya. Sekali lagi kami bersorak setelah di umumkan berjaya mendapat pengikhtirafan. Tidak sia-sia kami membuat latihan selama 5hari 4malam untuk menunjukkan kami mampu melakukannya bersama-sama. Well,acara ditutup setelah PM berangkat balik dan cabutan bertuah yang menjanjikan sebuah kereta satria NEO.

Setelah selesai semua,kami pun balik menaiki bas yang membawa kami datang ke Bukit Jalil tadi,bezanya mase balik Polis tidak mengiringi. Sampai di UKM,aku masuk ke dewan untuk mengambil gitar free hasil dari cabutan bertuah no kad aku. (xingat nak bagitau,mase duk kat recording,no giliran aku naek untuk cabutan bertuah). Da ambik gitar free,aku dan aiman keluar untuk memberi beberapa keperluan yang korang faham2 je la 'oxygen'..haha,, tapi kami tidak keluar lepak lame sal nak menghayati masa bersama kawan-kawan laen sebelum berpisah esok.


**Begitulah ceritanya sepanjang perjalanan program. Keesokan 2 kami balik ke KB pada pukul 4ptg sebab utamanya pun bangun lambat..haha. Jangan tanya gambar ek,kami xde camera.:P nanti kalau ade jumpa dak2 upload kat FB kang aku paw n upload kat sini..Later

**UPDATE (picture colection yang aku jumpa kat FB)











Friday, November 5, 2010

CD kami xjual pun ag,just for promo..Nak jual pun sape nak beli..haha

Well,malam ne aku g tengok Blood Fever(bley search kat FB) acoustic show kat Abe Nor Shisa. Ye r xkan r kite nak orang laen support band kite,tapi band orang kite xnak support plak..Bodoh Sombong namenye..Bertemankan Joanna & Irwan Ibrahim (ne name kat fb dorang) aku pergi support.

Aku nk bagitau dulu,semalam aku ada design cover cd bajet nak promo sket Later ALL kat show dorang malam ne,bukan nak potong line,tp saje nak menyelit..Aku bangun kul2 petang,awal daripada biase then pergi kebandar Kota Bharu untuk cari CD kosong dan print out cover..Senang cite da siap semua skali r (by hand tau nak buat cover 2),just ade beberapa barang yang tidak diketemui semasa aku ke bandar..:) Dalam cd 2 aku muatkan lagu Syringe,Influence inspiration berserta track alternative lyricnya skali,and lagu bonus Kawanku..Bonus la sangat..haha

Berbalik kepada cerita asal,aku datang kat tempat show bersama mamber aku 2orang tadi dan bekas letak CD..Xlame lepas 2,acara bermula..Aku xtau pn lagu mende yang dorang maen,sal lagu sendiri kot..Ala,xheran la aku xtau,bukan aku xsupport..Ne 1st show dorang kot..Pasne aku tau r..(kot)..haha

Xlame kemudian juga,ade la mamber datang ne and ternampak aku bawa CD demo Later ALL ne..Die tanye 'bapo ya??' yang bermaksud 'berapa ringgit??'..Aku pun lantas menjawab 'uish,xjual ae..bui free jah'..bermaksud 'xjual pun,bagi free je'..Ape yang aku nak katekan kat sini,sape nk lagu kitaorang mintak je,kitaorang bagi..Beberapa keping telah dibahagikan,ade ag beberapa keping..Well,aku bajet nak bagi mase nak balik r nanti kat orang ramai..chea~

Ntah macammana,mase berlalu..Band yang perform tadi habis membuat persembahan..Kedengaran 'DJ' yang bertugas mengumumkan kitaorang ade hadir pade malam 2,da macam VIP r plak..haha..xcukup dengan 2je,mitak kitaorang menyumbangkan lagu ag..Tidak mengecewakan,kitaorang pun melalak la,tapi bukan Later ALL sahaja,Later ALL mengiringi Jojoe..die yang melalak,kitaorang just play the instrument..maen 2lagu,Mimpi yang mati-cover BLIZ and Sebuah cerita-Jojoe

Da habis melalak ape semua,sebagai penutup majlis..semua da ready da nak berangkat..aku pun tanpa segan silu dan konfidennya pergi ke meja2 laen untuk menyebarkan cd Later ALL ne..Aku just tinggalkan 1meja dengan sekeping cd tadi..Da xbyk gak pun,xkn nak tinggalkan semua atas 1meja je??huhu..well,aku sampai ke meja terakhir dan menghulurkan cd yang terakhir,ade orang memanggil aku di belakang, 'Ado cd ag dop??' bermaksud 'ade cd ag x??'..aku pun dengan perasan terpaksa mengecewakan, 'maaf boh,habih doh'..bermaksud 'maaf bang,da habis la'..

Disini aku just terharu sedikit,ingatkan xde orang yang kenal kitaorang and xnak pandang pun cd buatan tangan aku ne..huhu..rupe2nya,ade gak..Terima kasih kawan,ade mase aku buat banyak2 ek..biar dapat sorang 1cd..jangan risau,free of charge! :)
Kang aku upload gambar cover cd 2,sal limitednya cd 2 aku nak buat laen2 cover..I'Allah minggu depan aku bawa cover laen plak...

Ne cover,aku bru upload..

Front


Back



Semoga berjumpa pulak diminggu hadapan..azmi (luahan karutan dari oarang yang xcukup tido..haha)..Later

P/s: Blood Fever,gud performance..bagi r cd korang so aku bley sing along nanti..i like..:)Keep it up buddy!

Tuesday, October 12, 2010

Battle of The Band UMK 2010

Well,aku xnak cakap banyak..korang tengok r sendiri ek kawan!
































Nak tengok video kitaorang perform hari 2??klik kat sini

p/s: Thanks to kawan2 yang datang support kitaorang n Gomogie Ent..and nak tengok lebih banyak pic event hari 2??bley tengok kat FB or MS ktorg ek kawan..

Saturday, September 11, 2010

Kawanku (for girlBESTfriend)

Ne riview tentang sesi rakaman lagu ke-3 kami iaitu Kawanku(for girlBESTfriend)..Dimana ianya mengambil masa selama 5hari kat K-Seventh Studio bersama komposer kami Bro Keyo..
Sepanjang perjalanan sesi rakaman macam2 ragam dan macam2 masalah yang dlalui..Antara yang paling teruk kami lalui apabila PC yg digunakan untuk sesi rakaman terpaksa diformat kerana mengalami beberapa masalah yang tidak disengajakan..Dan untuk pengetahuan semua skali lagi,kami menggunakan Analog recording dan track by track..
Bermula dengan guide yang mana dalam masa yang sama Drum direkodkan secara live dan disambung terus kepada PC..Kemudian Bass,2nd guitar,lead dan vocal..
Ne antara adegan2 yang sempat diambilgambarkan..layanz~













Wednesday, September 8, 2010

Antara bakat dan pandai bermain muzik

Senang cerita korang tanya la diri korang sendiri,adakah korang rase korang 2 berbakat ataupun pandai bermain muzik ne??
Sape kate bakat saje or name glamornye talented r,ckup untuk pergi jauh dalam muzik??or sape yang berani kate juga pndai dalam bermain muzik ne mampu untuk pergi jauh??
before tu ne nak bagitau sket perbezaan pandai bermain muzik berbanding berbakat dalam muzik..
Pndai bermain muzik - orang yang mampu bermain muzik dengan chord or key yang betul tapi tidak tahu ape yang dimainkan malahan payanh nak sampaikan kat orang..
Berbakat - Fast Learner r krenye..kalau belajar men gtr 2 cepat je die faham or tangkap..malahan tahu ape yang sedang dimainkan dan 'sampai' kepada pendengar..
bak kate pepatah 'tepuk dade,tanya selera'..kat mane level korang??
Yang buat2 pandai pun xterbilang kuantiti malahan jisimnya..huhu
Ne nak kongsi sket pendapat dan kate2 hikmah dari musician otaimer punya..
'Pandai dan berbakat pun belum tentu boleh g jauh dalam muzik ne'..kate uncle B the blues man..
So kesimpulan dari kate2 beliau,ada keduanya pun belum tentu dapat pergi jauh dalam arena muzik ne..Dimana ianya kekurangan 1lg pakej yang kena ade..ape die??
R E Z K I..
As a musician yang sejati la katakan,income mereka kena datang dari muzik yang dorang hasilkan or muzik yang dorang sampaikan..That's why la ade yang sanggup merantau ke negeri or negara luar demi mengejar cita2 untuk menjadi musician sejati ne..Respect kat orang yang kerja record lagu dikir barat,tapi income 4-5k sebulan..xputus2..sedangkan orang tersebut bukan main rock malahan rock metal gile punye..sebut la mne2 band malaysia or luar negara,khatam r die..Orang ne yang banyak berjasa juga untuk Later ALL dalam menghasilkan lagu2 Later dengan kualiti yang terbaik penah kitaorang ade..Kamarul Kapilla..
Berbalik kepada cerita tadi,'macam2mana pun orang xkan lahir dan terus bley tikam hang jebat'..dalam kan ayat otaimer ne,tp cube faham kan..
bermaksud kita kena bekerja keras untuk mendapatkan apa yang kita nak..
benda ne da menjadi rukun,kena ada walau macam2mana pun..Orang duk sebut2 sal luck,luck pun berbalik kepada cerita tadi jugak,Rezki..
Apa pun musician yang sejati memang memgang perinsip yang kuat dalam muzik dan mereka bekerja kuat untuknya..itu tidak termasuk mencari identiti diri lagi 2..Review ne akan bersambung pulak pasne..

p/s: klu korang xfaham,jangan nak judge pape k! Ne bercakap dari segi seorang pemain muzik (musician)..Ade pape komen bley r komen, dan beri pendapat yang membina..kita pun sama2 belajar..ape ynag korang tahu,kongsi,ape yang kitaorang tahu kitaorang kongsi..Banyak kita ajar orang,lagi banyak kelebihan kita..majulah industri muzik untuk kita dan negara..:)

Tuesday, September 7, 2010

Ambang Hari Raya

Esok genap 28hari puasa bagi muslim seluruh dunia..tempat yang plg busy mase2 macam ne biasa la,shopping complex dan stesen bas..tiket??bas tambahan pun da habis..yang paling pelik kat tandas awam pun orang xputus men mercun..haha..jalan raya pun semakin sempit da macam pasar ikan,pasar ikan jangan tanya la,cnfrm habis stok ikan..ikan kat laut pun dah balik kampung da..aku?? Sayup terasa bila teringat kat kampung halaman..Ayah,ibu,adik2,makcik2,akak2 saudara,sepupu sepapan..apakan daya aku masih lagi terpacak kat Kota Bharu dan hanya mendengar khabar orang kampung dari speaker handphone N73 ku..Hanya mampu ku katakan,Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..Andai ade tersalah dan silap harap dimaafkan,aku hanya insan biasa dan semestinya tidak lepas dari salah dan silap..Selamat Hari Raya sahabat2ku semua..-azmi

Sunday, August 29, 2010

Jom battle nak??Sape kalah bayar jamm..

'Korangkan hebat,xde masalah r'..ayat menganjing..
Demikianlah kate2 yang d'ucapkan oleh band yg xperludsebutkan dcni namanya atas dasar mreka menggunakan nama lecturer mereka sebagai nama band..Ape ke jadahnye kita xbley nak tengok band laen naek sket ade je yg iri hati..
nak kate hebat,xde r sangat..even kita hebat macam band led zappelin ke,metallica ke,the who ke, jangan r sesekali pandang rendah kat band2 laen..ntah2 dorang xkenal pun name2 band ne..haha
kt blajar r untuk support band laen sebelum band laen nak support kita..org pun akan senang ngan kita..
Untuk band tersebut,korang jangan r nak poyo lak k,kalau kat kelantan ne jangan harap korang nak berlagak and ase bley naek ngan cara korang ne,kat luar pn jauh ag..kitaorang xhebat,tapi jangan lupa kami pernah duduk jauh dhadapan korang dalam satu event yg xasing pun kat Kelantan ne..ingat 2! Kitaorang faham ape yang dimaksudkan dengan respect and kami mintak jauh daripada rasa tinggi diri!

p/s: anak makcik rokiah ne kebanyakannye baek2..:)

Thursday, July 22, 2010

Later ALL Nite Live @ Abe Nor Shisa

Venue : Abe Nor's Shisa Kubang Kerian
Date : July 16th 2010



well,terima kasih yang teramat sangat kepada kugiran kelab,Gomogie,Abe Nor's Shisa dan semua yang terlibat dalam menganjurkan malam acoustic untuk LA..
Malam ini juga diserikan juga dengan persembahan jmputan dari band2 laen yang jg membuat persembahan akustik..Tidak lupa pada band2 mamber 199x,Horryfied,Givenpath and laen2nya...Terima Kasih atas sokongan kalian..
kami juga sentiasa mengharapkan sokongan tidak putus dari semua pihak..
Tanpa semua,LA tidak hidup sampai ke hari ini..

p/s: untuk melihat lebihan gambaran event pada malam itu, boleh melayari myspace kami or kat Fb kami..

Saturday, June 5, 2010

INFLUENCE INSPIRATION [HQ]


Well,lagu ke-2 kami telah pun siap..tapi aku bru dapat berkongsi cerita tentangnya di sini hari ini 06hb JUN 2010..aku sekarang kat sabah,dan memandangkan kedaan internet yang payah disini aku tidak dapat menulis..Lagu Influence Inspiration akhirnya siap pada malam terakhir sebelum aku bertolak balik ke sabah iaitu bulan lepas (aku pun xigt tarikhnya)..Sesi rakaman dijalankan selama 3hari di K-Seventh Studio yang juga studio yang sama untuk kami merekordkan lagu Syringe yang lepas..Kami menjangkakan untuk menyiapkan kesemua lagu untuk Ep sebelum hujung tahun ini di situ..
berbalik kepada cerita penghasilan rakaman lagu Influence inspiration tadi,apa yang aku ingin kongsikan adalah kepayahan untuk memasukkan solo untuk lagu tersebut..disebabkan aku baru sahaja lepas exam sehari sebelum recording tersebut maknanya practice pun kurang la..huhu
Sesi rakaman solo untuk lagu ini dijalankan 1malam..solo tidak lah payah mana tapi susah la mau cakap..huhu
yang lain sumanya ok..guide,bass,rythm..
lps solo,malam yang sama juga mastering semua sebab nak cepat before aku balik sabah..haha
weell,nk tau hasilnye just check out our page Later ALL..see u guys..Later

Tuesday, April 20, 2010

Syringe HQ finished!

well,bermula 4hb april 2010 Later memulakan sesi rakaman untuk EP kat K-seventh Studio. Composer, abg Kamarul Kapilla..Dengan kerjasama yang terbaik dan komitmen yang terbaik diberikan kepada kami oleh abg kamarul,lagu siap di mastering pada petang 16hb april 2010..Lagu yang pertama siap dan akan berhenti dahulu untuk sementara waktu bagi memberi ruang exam kepada pelajar AS120 Dip. in Science UiTM yangmana juga kos yang diambik oleh azmi,and melly Later ALL..
Sesi seterusnya akan disambung i'Allah pada awal bulan mei apabila semua 'paper' exam telah habis diduduki..di sini anda bley dengar hasil dari recording lagu SYRINGE..gubahan baru,nafas baru,dengan bunyi2an yg baru..check this out!LATER ALL..

Monday, March 29, 2010

adei~ bila dengar sal politik (21sg)

aku (penulis) memang xbpe nak suke r sal politik2 ne..
adei,aku pun xtau nape..tapi the main key die,aku confuse mne yg baek and mne yang jahat..umur aku pun mule meningkat and aku xtau nak jalankan tanggugjawab aku nanti or dalam bahase politiknye (mengundi)..aku betul2 F*** gile politik..xhabis2 nak menjatuhkan orang len..sape yang bce ne jangan nak tpengaruh lak,aku bukan nak hasut sape2 tapi aku just nak luah perasaan aku ne je..xde niat pun nk hasut sape2 jadi macam aku ne..xpasal2 bende ne kuar lak kat blog later all,well that's y la kan aku letak sekali ngan 'some story 4 share'..and story2 2 conform r datang and diilhamkan dari diri aku (penulis).

Sunday, March 21, 2010

well..after a long time..

lame aku xmenulis dalam blog ne..aku pun xtau nak cite mende ditambah ag ngan ketiadaan internet dalam bilik aku sekarang..untuk pengetahuan,Later stop dr event untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada line up yang masih belajar untuk megulang kaji pelajaran bagi final test this april..i'Allah kalau tiada halangan Later akan perform May ini..recording Ep plak dijangka pada hujung bulan march ne..pun I'Allah kalau xde ape2 halangan yang mendatang terutama berkenaan bajet untuk recording nanti..just keep in touch buddy n support..we miss u ol guys..support our local band n support us! Later

Friday, February 12, 2010

USM's Battle of the band III


well,setelah lama aku xmenulis kat blog aku ne,ade cite sket tntg pkembangan Later ALL.
WE WON!! battle of the band USM III..memang tidak dijangka langsung yang ktorg bley menang event malam 2..niat just nak kenalkan later all kepada warga USM tapi kami bukan sahaja dapat memperkenalkan lagu kami tp juga diberi pluang untk menang..Bijok ahh!
kami mempertaruhkan lagu SYRING+SUMMARY dalam battle of the band tersebut dan sambutan pun kira memberangsangkan juga la..untuk lebih pic2 battle tsebut bley r menjenguk di laman myspace kami www.myspace.com/laterall
sambil aku berpeluang menulis ne,aku nk bgtau gak yang event sterusnya pada 21hbFEB kat pandan indah dan flyer pn da kuar n bley gk tgk kat myspace kami 2..c u there n keep supporting our local scene..

Friday, January 8, 2010

NEXT EVENT


Ne adalah peluang pertama untuk LATER ALL perform diluar Kelantan..Yang ne plak dibawah pimpinan DISARM RECORD..Bertempat di Persiaran Cyberjaya,KUALA LUMPUR, 16.JAN.2010..TQ Disarm Record kerana sudi meng'invite' LATER ALL untuk perform bersama perlumbaan kereta yang pastinya menyengat lagi meletup-letup!

Saturday, January 2, 2010

Beginning of 2010

Wish u all Happy New Year!
Later all sedang mencari2 hala tujuan untuk memperlihatkan mata luar kemampuan yang tidak seberapa ini..
Di harapkan rezki tidak kedekut untuk memberi peluang kepada kami yang baru untuk memartabatkan bunyi-bunyian baru tanah air..
We'll improve..
God plz bless us..
Later

Friday, January 1, 2010

LATER ALL BANDERS FRIEND


The Donkees



Givenpath




JellyPop


Horrified

Daisy Honey



and many more..this will be updated later.